(Orang-orang yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut sebelum ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan (ingatlah bahawa) azab Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang berdosa.
Tafsir
Pelajaran
Renungan
Jadilah Penderma Bulanan
Derma bulanan membantu kami menambah baik Quran.com dan mengekalkan operasi supaya kami kurang menumpukan pada pengumpulan dana dan lebih kepada mencipta impak. Ketahui lebih lanjut